Tuesday, April 24, 2012

Dari Nota Isi Hati Suami

Artikel ini diambil dari Nota Facebook suami...

Hari ini saya tergerak untuk menulis satu cerita yang mungkin tidak pernah diceritakan kepada sesiapa pun kecuali mereka yang rapat dan selalu mengikuti perkembangan saya. Cerita ini berkenaan dengan perniagaan, kawan-kawan & keluarga yang membawa saya sehingga sekarang. Sepertimana yang semua tahu, saya adalah usahawan sepenuh masa yang menjalankan perniagaan fotografi perkahwinan dengan syarikat sendiri iaitu NahamPhoto. Ramai yang bertanya dengan saya dari mana datangnya nama Naham tersebut. Mungkin cerita ini dapat menghuraikannya...

Sebelum saya memasuki kolej menyambung pelajaran dari SPM, saya telah bekerja disatu syarikat yang menjalankan latihan komputer dan perkhidmatan internet. Syarikat itu adalah milik isteri saya sekarang yang diberi nama Naham Techno Computer. Setelah menyambung pelajaran di kolej, saya terus berkhidmat disitu secara sambilan sehinggalah tamat pengajian saya. Setelah mendirikan rumahtangga, syarikat kami diarah untuk berpindah tempat memandangkan lokasi asal adalah hanya menyewa dalam satu kawasan orang lain. Setelah berpindah, tak ramai pengunjung yang mengetahui tempat baru menyebabkan perniagaan agak merundum. Ketika itu ilmu perniagaan saya sangat tipis kerana masih mentah. Saya akhirnya mendapat pekerjaan di Johor Bahru dan syarikat kami terpaksa ditutup kerana tiada orang yang dapat menguruskannya lagi.

Rezeki berniaga ketika itu mungkin tiada dan saya bekerja makan gaji di salah satu syarikat di Johor Bahru. Oleh kerana saya mempunyai pengetahuan dalam bidang internet dan fotografi, saya cuba-cuba untuk mengambil gambar perkahwinan saudara-mara untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Disebabkan minat yang mendalam dan keazaman yang kuat, saya terus yakin menjalankan perniagaan fotografi perkahwinan secara sambilan dengan sokongan isteri. Kami berdua bertekad untuk menyambung balik kesinambungan Naham Techno Computer dengan merancang menggunakan nama Naham Photo & Graphic dalam bisnes ini. Alhamdulillah, berkat usaha keras, kami dapat menambah pendapatan walaupun tidak seberapa tetapi disebabkan minat, kerja kami menjadi mudah.

Langit tidak selalunya cerah, pada hari yang dinanti-nanti isteri saya yang mengandung telah melahirkan anak yang "istimewa". Anak tersebut telah dilahirkan tidak sempurna dengan klef di bibir. Ibu-bapa mana yang tidak mahu anak mereka sempurna dan sihat. Ketika itu saya rasakan dunia ini sangat gelap dan semangat saya sangat 'down'. Selain ahli keluarga terdekat dan sahabat baik, tidak ramai yang betul-betul memahami apa yang saya rasai. Tidak ramai juga orang yang ingin memberi semangat sepenuhnya kepada saya. Ketika itu, moral dalam kerja azali saya telah merundum. Ada juga mereka yang tidak memahami masalah saya jika saya tidak mampu melakukan tugas dengan baik. Serba sedikit saya sudah tawar hati untuk bekerja dengan orang lain memandangkan saya tidak mampu memberikan yang terbaik.

Pada fizikal mungkin ramai yang melihat saya tersenyum dan gembira, tetapi didalam hati hanya tuhan yang tahu. Satu ketika saya tersedar, segelintir mereka yang memberikan semangat telah membantu saya untuk bangun semula. Saya tekadkan dalam diri yang anak istimewa tersebut dilahirkan pasti mempunyai hikmah dari Allah. Anak tersebut dinamakan Nailah Hana yang saya sifatkan "miracle" dalam hidup. NAilah HAna Miracle sekali lagi menguatkan nama Naham sebagai nama yang boleh memberikan sesuatu yang bermakna dalam hidup kami. Tahun yang sama anak tersebut dilahirkan, saya mendaftarkan nama NahamPhoto dalam nama syarikat dan laman web rasmi. Kelahiran tersebut memang menjadi inspirasi kepada kelahiran NahamPhoto.

Dugaan tidak habis sampai disitu sahaja, dalam menjalankan perniagaan ini banyak dugaan yang saya hadapi. Ramai yang mempertikaikan kehadiran saya dalam industri, ramai juga yang tidak yakin dengan kemampuan saya. Tidak ketinggalan ada yang ingin menguji kemampuan saya. Namun, demi kerana anak & keluarga, saya kuatkan tekad untuk terus maju dan menjadikan kata-kata mereka yang berkata itu sebagai kata-kata yang memberikan semangat. Pada saya, jika saya tidak berani memulakan satu perkara, pasti saya tidak tahu samada saya mampu atau tidak melakukannya. Jika saya mendengar kata-kata negatif sudah pastinya saya turut menjadi orang yang negatif dan tidak berjaya. Dalam apa jua bidang, sudah pasti ada orang yang ingin menjatuhkan kita. Yang penting niat kita kerana Allah dan ingin memberikan yang terbaik kepada orang yang berurusan dengan kita.

Saya mempunyai strategi bagaimana untuk menghadapi semua perkara. Saya mengeluarkan banyak modal untuk mencari ilmu & motivasi. Pelbagai program, seminar & kursus yang saya sertai untuk menguatkan pengetahuan saya dalam bidang fotografi, perniagaan malah motivasi diri untuk saya terus kuat menghadapi dugaan-dugaan mendatang. Salah satu lagi faktor utama untuk saya terus bertahan adalah konsisten. Untuk melakukan sesuatu perkara tidak boleh 'angat-angat tahi ayam' dimana dikita buat sekejap sahaja tetapi bila ada masalah sikit, kita terus lemah. Pada saya, saya perlu teruskan apa yang saya mulakan walaupun apa juga halangan. kadangkala bila hadapi masalah, saya masih mampu bergerak walaupun perlahan. Yang penting kita tidak terus berhenti.

Rumusannya, setiap perkara yang berlaku diatas semua mempunyai hikmahnya. Kalau tidak kerana mereka, sudah pasti saya tidak sekuat ini, tidak mempunyai pengalaman, tidak mempunyai pengetahuan, tidak mempunyai situasi yang boleh diteladani. Oleh itu, saya sangat berterima kasih kepada mereka yang memberikan saya semangat selama ini. Terima kasih juga kepada mereka yang pernah memberikan impak negatif kepada saya. Kalau tidak kerana mereka, saya mungkin tidak tahu kelemahan diri saya sendiri. Selama saya menjalankan perniagaan sendiri, saya selalu serapkan aura positif dalam diri. Tidak kira pesaing, bisikan-bisikan negatif atau masalah yang melanda, saya yakin pasti ada sesuatu yang positif akan menjelma. Semoga cerita ini dapat memberikan inspirasi kepada mereka yang membaca. Saya doakan anda semua berjaya dunia akhirat.

*p/s- Jika anda rasakan cerita ini memberikan inspirasi, sudi-sudikan mengundi saya dalam pencalonan ini --> http://goo.gl/inBe6 atau layari www.nahamphoto.com & klik butang merah. Terima kasih.


-Harris Reds-

Pengasas NahamPhoto

*P/S - INI ADALAH CERITA CABARAN BISNES & KELUARGA KAMI. ALHAMDULILLAH, TUHAN MASIH MEMBERI KAMI KURNIAAN-NYA...

Friday, April 20, 2012

Dapat E-mel Untuk Perjumpaan Dengan Anak

Beberapa hari yang lepas suami saya menerima e-mel dari seorang graduan universiti yang ingin berjumpa dengan anak saya untuk membuat kajian. Penuntut tersebut ingin membuat kajian mengenai kanak-kanak klef sebagai tugasan akhir beliau. Kami seisi keluarga tidak keberatan untuk mengaturkan pertemuan tersebut kerana ingin memberi kerjasama penuh atas usaha tersebut. Ini kerana sejak awal lagi saya dan suami memang bertekad untuk memberi maklumat serta membantu seberapa yang mampu kepada ibu-bapa yang mendapat anak klef. Semoga Allah memberkati usaha kami.


Nailah Hana kini sudah berusia 4 tahun. Gambar dari Tumblr suami.

Sunday, December 5, 2010

Pertama Kali Sertai Aktiviti CLAPAM


Beberapa minggu yang lepas penulis telah mendapat surat jemputan dari Persatuan Klef Bibir & Lelangit Malaysia (CLAPAM) untuk datang menyertai aktiviti di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Memandangkan penulis sudah merancang bercuti pada tarikh tersebut maka penulis mengambil keputusan untuk hadir ke majlis tersebut sambil berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama penulis menyertai program bersama CLAPAM setelah menyertai persatuan ini lebih kurang setahun yang lalu. Ini merupakan hari yang istimewa untuk Nailah Hana dan ahli keluarga yang lain.

Lokasi kejadian...

En. Zainal Azhar Ahmad, Pengerusi CLAPAM

Aktiviti tersebut dinamakan Spread the Smile with Colours adalah anjuran ING insurans dan CLAPAM yang dibuat di Dasein Academy of Art, Wangsa Maju Kuala Lumpur. Program dimulakan dengan sarapan pagi yang enak dengan 3 menu berlainan. Seterusnya dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu mewarna bagi kanak-kanak dan sesi ceramah bersama Doktor & panel-panel yang berkenaan. Program diakhiri dengan sesi soal jawab dan seterusnya makan tengahari bersama-sama. Tetamu juga dihadiahkan goodies bag dengan pelbagai pemberian yang menarik.

Nailah sangat happy!


Penulis harap selepas ini CLAPAM akan terus melakukan aktiviti-aktiviti menarik terutamanya untuk anak-anak istimewa ini. Maklumat-maklumat berterusan oleh CLAPAM untuk ibu-bapa tetap diharapkan dari masa ke semasa. Bagi penulis, rasa gembira tetap ada apabila dapat berjumpa dengan ibu-bapa dan kanak-kanak istimewa sama seperti anak penulis, Nailah Hana. Dengan program seperti ini ibu bapa dapat meraikan anak mereka dan dalam masa yang sama dapat bersyukur dengan pemberian Allah. Sesungguhnya takdir Allah itu berbeza-beza tetapi yang penting kita perlu bersyukur.

Gambar-gambar lain boleh dilihat DISINI.

Artikel dari blog suami : harrisfadzilah.com

Tuesday, February 9, 2010

Terima Kasih CLAPAM


Beberapa hari yang lepas, penulis dengan usaha isteri telah mendaftar keahlian dengan Persatuan Klef Bibir & Lelangit Malaysia atau lebih dikenali dengan CLAPAM. Walaupun hajat ini telah lama kami ingin lakukan tetapi dengan kesibukan kerja dan beberapa urusan seperti pindah rumah membuatkan kami tiada berkesempatan untuk melakukannya. Alhamdulillah, dengan izin Allah, hajat kami untuk menjadi ahli tercapai jua.

Softplas boottle with spoon feeder & nuk teats

Hari ini, penulis mendapat satu bungkusan pos laju dari CLAPAM yang telah memberikan kami satu botol khas dan juga puting khas untuk bayi klef. Kami juga menerima beberapa pamplet, buletin dan informasi mengenai CLAPAM untuk rujukan kami. Terima kasih diucapkan kepada pihak CLAPAM kerana memberi gift ini secara percuma kepada kami. Insya Allah kami akan menyokong apa-apa usaha yang akan CLAPAM lakukan.

Berikan senyuman kepada kanak-kanak seperti ini...

Kepada pembaca yang ingin tahu lebih lanjut mengenai CLAPAM atau tentang klef, anda boleh layari web http://sites.google.com/site/clapam/. Anda digalakkan menyampaikan maklumat ini kepada orang lain kerana masih ramai lagi yang kurang informasi mengenai apa itu klef bibir & lelangit. Usaha anda sangatlah murni. Kepada pihak CLAPAM, kami sekali lagi mengucapkan terima kasih atas semua pemberian ini.

Artikel dari blog suami : harrisfadzilah.com

Saturday, February 7, 2009

Bersua kembali

Hmm....nampaknye baru malam ni ada peluang nak menulis..bukan kerana malas tapi terlalu banyak aral yang mendatang....maklumlah kita merancang Tuhan menentukan segalanya. Suasana kesibukan sebagi ibu, isteri dan helper suami membuatkan Emak belum berpeluang menulis di blog ini. Tambahan pula, Na'wa sudah 4 tahun dah mula memasuki Tadika. Seronok dan bersemangat dia nak sekolah. Manakala Nailah kini 8 bulan semakin hari semakin keletah, nakal dengan ragamnye yang kuat mengaruk. hai..kalau nak diingatkan semula tersenyum sendiri melayan pelbagai kerenah 2 beradik nih!. hmm walau macamne pun Emak doakan anak-anak Emak sihat sejahtera dan dilindungi Allah s.w.t dalam ape juga keadaan. Amin.

Wednesday, November 5, 2008

Na'wa dan Tudungnya

Haa...setelah beberapa hari baru kali ni Emak dapat tuliskan dalam blog nih. Ketiadaan Na'wa ( Kak Wea) memberi peluang Emak mencatat kisah tentang keletah dia sejak semalam dan ari nih. Na'wa balik kampung ikut Tok Bah dan Tok Mak, kebetulan datang pada hari semalam atas urusan membeli barang-barang persiapan untuk Tok Mak ke Mekah menunaikan Haji tak lama lagi. Buat Mak (Tok Mak), Nanie doakan mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan selamat. Amin.

Hm.. pasal Na'wa, memang dia nih agak mudah respon pada apa yang berlaku disekelilingnya. Kali nih Emak rasa gembira sebab anak Emak sudah minat nak pakai tudung walau baru berusia 3 athun 7 bln. Dia menyatakan hasrat untuk memakai tudung bila berpeluang ke sekolah tadika pada tahun hadapan. syukur..itu petanda baik. lepas nih Emak akan cuba bantu beri galakan pada Na'wa memakai tudung setiap kali keluar rumah untuk bersiar-siar. Emak doakan anak Emak jadi orang yang baik-baik, taat pada ibu bapa dan agama serta beramal salehah.

Semuga Tudung mengambarkan keluhuran dan kesucian rohani dan jasmani. Sesuai dengan nama Kak Wea - Kelahiran dari Syurga.

Hana (adik) kini berusia 5 bulan. Pandai membebel bila tak bawa dia berjalan-jalan. paling suka pada aktiviti kejar-mengejar dengan kakaknya.

Tuesday, October 28, 2008

Permulaan...

Salam sejahtera ...syukur sudah sekian lama emak inginkan sebuah tapak blog baru ari ni ade peluang lantaran kesibukan dan pelbagai urusan harian sebagai isteri, ibu dan pembantu bisnes suami.

Masa emak ada Na'wa, waktu-waktu terluang terlalu banyak tapi tak mampu beli komputer. Sikit sebanyak skill literasi komputer ada yang dah pudar dari ingatan ( 4 tahun ). Bila dapat lagi anak yang kedua sudah ada pc dan line internet..tapi masa menjadi lebih sibuk..Hana anak yang 'istimewa' perlu lebih perhatian di awal tempoh 4 bulan selepas dilahirkan.

Anyway..mudah-mudahan catatan pertama yang ringkas ini akan berterusan pada masa-masa mendatang. Insya Allah.